Sunday, July 5, 2020

Aktivi Bermain Gasing (Jais Gasing)

PENGENALAN KEPADA ORANG KUAT GASING PAHANG

SEJAK kita dilanda dengan pelbagai produk elektronik terutama yang menawarkan permainan video, golongan muda mungkin tidak lagi mengenali permainan tradisional seperti batu seremban, congkak, wau dan gasing yang cukup popular di kawasan luar bandar satu ketika dahulu. Malah, mungkin ramai golongan dewasa di bandar juga kekok apabila disebut pelbagai permainan tradisional tersebut.

Selain arus teknologi yang kian menelan segala yang berunsur tradisional, terdapat banyak sebab mengapa permainan tersebut kian terabai. Antaranya tidak ada nilai komersial, tidak glamor dan tidak menjadikan pemainnya orang kaya-raya. Namun, jika dilihat daripada satu sudut, permainan tradisional tersebut memberi identiti kepada sesuatu kaum atau bangsa, dan boleh diangkat sebagai platform penyatuan dan perpaduan serta menghargai jati diri.

Sebab itu usaha mempromosikan semula wajar diperhebatkan supaya tidak ditelan zaman memandangkan permainan tradisonal tersebut merupakan khazanah bangsa yang wajar dipelihara. Gasing misalnya memang diketahui ramai sebagai permainan tradisional masyarakat Melayu dan kerap dimainkan ketika waktu lapang termasuk sebagai pertandingan. Tetapi kini hendah melihat bentuk gasing itu sendiri semakin susah, apatah lagi mahu melihat orang bermain gasing. Jika ada sekalipun amat jarang, mungkin hanya pada acara tertentu. Malah, kini untuk mencari mereka yang pandai bermain gasing pun rasanya semakin sukar.

Salah seorang tokoh yang masih yang masih aktif  bermain gasing selain terus berjuang bagi mengangkat permainan tradisional itu ialah Mohd. Jais Rozali yang mesra di panggil Pak Ngah. Beliau yang berasal dari Kg. Sanggang  Temerloh Pahang, merupakan jurulatih Seni Budaya Rakyat dan juga jurulatih Seni Budaya Negara bagi permainan gasing. Pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu mula bermain gasing sejak di bangku persekolahan kerana minatnya terhadap permainan tersebut. Ketika kerjayanya bersama TUDM, aktiviti permainan gasing terhenti sementara dan beliau kembali aktif bermain di peringkat negeri dan kebangsaan selepas bersara. Pak Ngah memang terkenal di Pahang kerana telah menubuhkan Persatuan Gasing Pahang selain banyak menganjurkan bengkel dan seminar sebagai platform penggerak permainan tersebut. "Ini cara kami mengembangkan permainan gasing dan jangan terlalu bergantung kepada kerajaan (Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan)," ujarnya.

Pak Ngah berpendapat, permainan gasing wajar ditransformasikan bagi mengelakkannya daripada pupus ditelan zaman. Antara pendekatannya ialah mengubah bahan membuat gasing daripada kayu kepada yang lebih tahan lama. Usaha tersebut telah dimulakan oleh sekumpulan penyelidik dari Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Gasing selamanya dikenali sebagai alat permainan yang menggunakan kayu antaranya kemuning bebaru, rambai, merbau, tualang dan sebagainya. Tali gasing pula pula diperbuat daripada kulit pokok dan kini bertukar kepada nilon. Gasing juga kini diperbuat daripada plastik atas pelbagai sebab iaitu tahan lebih lama, dan mengelakkan pergantungan berterusan kepada pokok. Beliau berharap permainan gasing dapat diterima lebih jauh di peringkat antarabangsa di semua Negara.

BERITA TERKINI MENGENAI PAK NGAH JAIS KITA

Bolih dikatakan kita semua mengetahui, buat masa kini Pak Ngah kesihatannya kurang memuaskan, deras lah kita semua mendoakan semoga beliau akan kembali sembuh dan boleh menjalankan aktiviti bermain gasing semula, buat masa kini dengan tiada beliau mengerakkan permainan tersebut, boleh dikatakan lumpuh.... tidak ada lagi nampak aktiviti2 dijalankan....











No comments:

Post a Comment