PENGENALAN KEPADA ORANG KUAT GASING PAHANG
SEJAK kita
dilanda dengan pelbagai produk elektronik terutama yang menawarkan permainan
video, golongan muda mungkin tidak lagi mengenali permainan tradisional seperti
batu seremban, congkak, wau dan gasing yang cukup popular di kawasan luar
bandar satu ketika dahulu. Malah, mungkin ramai golongan dewasa di bandar juga
kekok apabila disebut pelbagai permainan tradisional tersebut.
Selain arus
teknologi yang kian menelan segala yang berunsur tradisional, terdapat banyak
sebab mengapa permainan tersebut kian terabai. Antaranya tidak ada nilai
komersial, tidak glamor dan tidak menjadikan pemainnya orang kaya-raya. Namun,
jika dilihat daripada satu sudut, permainan tradisional tersebut memberi
identiti kepada sesuatu kaum atau bangsa, dan boleh diangkat sebagai platform
penyatuan dan perpaduan serta menghargai jati diri.
Sebab itu
usaha mempromosikan semula wajar diperhebatkan supaya tidak ditelan zaman
memandangkan permainan tradisonal tersebut merupakan khazanah bangsa yang wajar
dipelihara. Gasing misalnya memang diketahui ramai sebagai permainan
tradisional masyarakat Melayu dan kerap dimainkan ketika waktu lapang termasuk
sebagai pertandingan. Tetapi kini hendah melihat bentuk gasing itu sendiri
semakin susah, apatah lagi mahu melihat orang bermain gasing. Jika ada
sekalipun amat jarang, mungkin hanya pada acara tertentu. Malah, kini untuk
mencari mereka yang pandai bermain gasing pun rasanya semakin sukar.
Salah seorang
tokoh yang masih yang masih aktif bermain gasing selain terus berjuang bagi
mengangkat permainan tradisional itu ialah Mohd. Jais Rozali yang mesra di
panggil Pak Ngah. Beliau yang berasal dari Kg. Sanggang Temerloh Pahang, merupakan jurulatih Seni
Budaya Rakyat dan juga jurulatih Seni Budaya Negara bagi permainan gasing. Pesara
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu mula bermain gasing sejak di bangku
persekolahan kerana minatnya terhadap permainan tersebut. Ketika kerjayanya
bersama TUDM, aktiviti permainan gasing terhenti sementara dan beliau kembali
aktif bermain di peringkat negeri dan kebangsaan selepas bersara. Pak Ngah
memang terkenal di Pahang kerana telah menubuhkan Persatuan Gasing Pahang
selain banyak menganjurkan bengkel dan seminar sebagai platform penggerak
permainan tersebut. "Ini cara
kami mengembangkan permainan gasing dan jangan terlalu bergantung kepada
kerajaan (Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan)," ujarnya.
Pak Ngah
berpendapat, permainan gasing wajar ditransformasikan bagi mengelakkannya
daripada pupus ditelan zaman. Antara pendekatannya ialah mengubah bahan membuat
gasing daripada kayu kepada yang lebih tahan lama. Usaha tersebut
telah dimulakan oleh sekumpulan penyelidik dari Fakulti Kejuruteraan Universiti
Putra Malaysia (UPM).
Gasing
selamanya dikenali sebagai alat permainan yang menggunakan kayu antaranya
kemuning bebaru, rambai, merbau, tualang dan sebagainya. Tali gasing pula pula
diperbuat daripada kulit pokok dan kini bertukar kepada nilon. Gasing juga kini
diperbuat daripada plastik atas pelbagai sebab iaitu tahan lebih lama, dan
mengelakkan pergantungan berterusan kepada pokok. Beliau berharap permainan
gasing dapat diterima lebih jauh di peringkat antarabangsa di semua Negara.
BERITA TERKINI MENGENAI PAK NGAH JAIS KITA
Bolih dikatakan kita semua mengetahui, buat masa kini Pak Ngah kesihatannya kurang memuaskan, deras lah kita semua mendoakan semoga beliau akan kembali sembuh dan boleh menjalankan aktiviti bermain gasing semula, buat masa kini dengan tiada beliau mengerakkan permainan tersebut, boleh dikatakan lumpuh.... tidak ada lagi nampak aktiviti2 dijalankan....
BERITA TERKINI MENGENAI PAK NGAH JAIS KITA
Bolih dikatakan kita semua mengetahui, buat masa kini Pak Ngah kesihatannya kurang memuaskan, deras lah kita semua mendoakan semoga beliau akan kembali sembuh dan boleh menjalankan aktiviti bermain gasing semula, buat masa kini dengan tiada beliau mengerakkan permainan tersebut, boleh dikatakan lumpuh.... tidak ada lagi nampak aktiviti2 dijalankan....